Posts

Nak bagi siapa?

Image
Hi semua :D, biasanya awak semua suka bagi hadiah apa? Kita semua suka hadiah bukan? Seronok apa bila dapat hadiah, sebab free hehe. Dia tak kira hadiah apa kita dapat, asalkan pemberi tu bagi dengan ikhlas. Hadiah ini lagi seronok kalau yang kita dapat tu benda yang kita betul-betul perlukan. Kadang-kadang kita bukan nak hadiah mahal sangat pun. Kalau saya hadiah dari kedai dua ringgit tu pun saya suka, nak pula kalau dapat getah rambut πŸ˜‚.  Hadiah yang kita nak bagi biarlah ikut kemampuan sendiri, jangan lah sampai sanggup ikat perut tak makan semata nak belikan hadiah yang mahal.  Jadi... Jom la kita jadikan HeDo Air Freshener sebagai hadiah. Seronok apa dapat air freshener, dah la tahan lama. Jadi, bila kita bagi HeDo Air Freshener ni, kita dah tolong wangikan bilik dia tau😊.  Mesti ada yang terfikir masa atau majlis apa yang sesuai untuk jadikan HeDo Air Freshener ini sebagai hadiah? Bila boleh bagi HeDo Air Freshener ni? Jangan risau, hari ini saya a

Cara-cara menggunakan HeDo Air Freshener :D

Image
Dah berapa lama saya tak update ya?  Hai dan assalamualaikum semua :D, rasanya dah lama tak tulis apa apa dekat blog ini.  Untuk harini ini saya akan tunjukan dekat awak semua gambar setiap sisi HeDo Air Freshener. Biasa saya letak gambar kurang real kan? Tapi harini ini sebab saya agak rajin heheh, saya gigih ambil gambar HeDo.  Ini bahagian hadapan HeDo Air Freshener. Cantik kan? Ini pula cadangan tempat yang awak boleh letak HeDo Air Freshener ini. Yang bagusnya dia siapletak gambar tau. Grafik HeDo memang awesome :D  Inilah bahagian quote yang saya pernah cerita dekat posting lepas tu. Setiap HeDo Air Freshener ada quote yang berlainan. Tu la saya kata kotak dia jangan buang, sayang tau kalau buang kotak yang ada quote cantik dan best ini. Ingat jangan buang kotak dia ya.  Ini pula QR Code, kalau awak scan boleh menang hadiah tau. Tak percaya? Siapa yang ada kotak HeDo Air Freshener boleh cuba nanti. Dekat sini juga dia sertakan laman web da

Jom tengok :D

Image
Saya ada buat banyak poster tau Untuk kelas ini saya perlu buat soft sell untuk jual HeDo Air Freshener ni. Disebabkan dekat Facebook tak ramai tak tengok, saya nak letak dekat sini.  Poster yang saya buat ini bukan pasal HeDo Air Freshener sahaja, saya selitkan maklumat yang saya rasa bermanfaat. Enjoy :D Ini  gambar semua produk yang ada dalam HeDo Air Freshener ini.  Nasihat tentang senaman hahah.  Ini pula kata-kata hikmah yang saya ambil dari Google hehe. Tapi kalau awak faham quote ini, awak hebat.  Mesti ada yang tanya kenapa kalau nak jual produk, kenapa kena ada poster? Okay kalau nak tahu poster, quotes dan gambar adalah salah satu cara untuk mempromosikan produk kita. Ini kita namakan dia sebagai soft sell. Tak semestinya kita cakap pasal produk sahaja.  Ini sahaja posting harini. Saja nak update perkembangan saya sebagai dropshipper dan pelajar untuk kelas Berniaga Tanpa Modal.  Bye,  Maizura Ini kotak untuk bau

Kehidupan...

Image
Rasa nak update blog waktu ini. Hi semua, harini saya rasa nak cerita walaupun blog ini tak ramai pembaca. Lagi kurang pembaca lagilah saya nak cerita. Tujuan saya buat blog ini memang untuk kelas elektif saya iaitu Berniaga Tanpa Modal, saya lupa kod subjek ini. Untuk subjek ini kami memang diajar untuk tak jadi malu untuk berniaga. Saya ambil pun sebab nak cuba benda baru.  Bila kita cuba benda baru mesti kita rasa takut kan? Ha memang betul. Subjek ini bukan ajar kita untuk berniaga sahaja. Ni buka subjek untuk kaut untuk untung semata-mata. Lagi lama saya dalam kelas ini, banyak saya sedar. Nak hidup kita kena tak malu. Kena muka tembok. Kena tebal muka. Kena minta bantuan orang.  Walaupun saya masuk kelas ini sekejap sahaja sebab PKP buat masa ini, tapi waktu saya buat tugasan, saya ada belajar something. Tugasan yang diberikan semua perlu berkomunikasi dengan orang, semua perlu minta tolong orang.  Dekat sini kita boleh nampak siapa akan tolong kita dan s

Wanginya Bahagian 2 :D

Image
Rasanya baru update blog ini tak sampai 24 jam lepas... Hai dan assalamualaikum, saya masih sihat lagi dan tiba-tiba rasa nak update blog harini. Padahal baru semalam saya update entry baru. Maklumlah masa cuti-cuti ini la kita kena rajin sikit. Nanti kalau dah sibuk ha mula la tunggang langgang balik hidup, semua benda lupa nak buat.  Sebelum kita mula, saya nak cakap terima kasih kepada sesiapa yang sudi baca semua tulisan di blog saya. Ada 3 orang manusia baca pun jadi lah. Terima kasih, kalau saya kenal siapa yang rajin blog saya, saya nak belanja (ni serius, sebab tanpa orang yang rajin baca ni, tak gigih saya nak update tahu tak?) Okay awak semua, dalam entry lepas saya ceritakan pasal bau yang ada dalam HeDo Air Freshener kan? Saya bagitahu ada 6 bau, tapi saya cerita 3 sahaja sebab penat nak type hahaha. Dalam entry lepas juga saya ada bagitahu harga sekotak HeDo Air Freshener. Ingat lagi tak? Okay kalau lupa jom tekan link ni dan baca balik.  https://mai

Hmm wanginyaa :D

Image
Kali ini saya akan serius, tiada posting tidak berkait. Saya bagitahu pasal produk je.  Hi semua, kepada yang masih sudi buka blog saya nak cakap YA ALLAH TERIMA KASIH BANYAK SANGAT SEBAB SUDI BACA. Saya terharu sungguh dekat orang yang sanggup buka blog saya ini. Anda semua baca pun saya dah gembira sangat. Lagi gembira kalau anda nak beli terus hahahaha, mesti saya senyum tak henti. Saya gigih buat muka tembok minta kawan-kawan saya baca blog ini, walaupun begitu mereka tidak baca pun huhu ( mungkin sibuk barangkali ). Sekali lagi, terima kasih yang sudi membaca, nampak macam kecil tapi saya hargai sungguh orang yang baca setiap tulisan saya.  Eh terlajak pula, tadi kata nak jual, saya pergi rant pula dekat atas. Tapi kan tak seronok la kalau blog saya ini semata nak cerita pasal HeDo Air Freshener sahaja, tu kadangkala saya selitkan sedikit lawak yang hambar hehehe dan cerita pasal saya sedikit.  Perhatian! Sini saya nak perhantian orang yang membaca ni. Sini. 

Hello??? Awak kat mana tu?

Image
Hi? Anda semua okay tak? Hellooo Hai dan assalamualaikum, laaa dah lama saya tak tulis blog ini. Dalam posting lepas saya ada janji untuk memperkenalkan produk yang saya nak jual. Minta maaf saya sibuk sangat sampai lupa nak tulis entry baru. Walaupun saya tahu ada berapa kerat sahaja yang baca ( mini love untuk yang sudi baca lagi ) Hmm, posting lepas saya tulis pasal apa ya? Hehehe saya pun hampir lupa, maklumlah musim runcing dekat Malaysia sekarang semua benda saya lupa. Dalam kepala saya nak siapkan kerja yang penting dan tolong parents saya dulu. Eh, saya bukan nak kata blog ini tak penting, blog ini penting. Rasa happy bila boleh menulis balik.   AWAK! HA AWAK TU, YANG MUKA COMEL TU.  Boleh la baca posting lepas saya, lepastu datang sini balik. Datang balik ya, saya tahu siapa yang baca blog saya.  https://maihedoairfreshener.blogspot.com/2020/03/jom-kenal-d_22.html Let's head to business, shall we? Dalam dua tulisan blog yang lepas, saya gigi