Kehidupan...

Rasa nak update blog waktu ini.



Hi semua, harini saya rasa nak cerita walaupun blog ini tak ramai pembaca. Lagi kurang pembaca lagilah saya nak cerita.

Tujuan saya buat blog ini memang untuk kelas elektif saya iaitu Berniaga Tanpa Modal, saya lupa kod subjek ini. Untuk subjek ini kami memang diajar untuk tak jadi malu untuk berniaga. Saya ambil pun sebab nak cuba benda baru. 

Bila kita cuba benda baru mesti kita rasa takut kan? Ha memang betul. Subjek ini bukan ajar kita untuk berniaga sahaja. Ni buka subjek untuk kaut untuk untung semata-mata. Lagi lama saya dalam kelas ini, banyak saya sedar. Nak hidup kita kena tak malu. Kena muka tembok. Kena tebal muka. Kena minta bantuan orang. 

Walaupun saya masuk kelas ini sekejap sahaja sebab PKP buat masa ini, tapi waktu saya buat tugasan, saya ada belajar something. Tugasan yang diberikan semua perlu berkomunikasi dengan orang, semua perlu minta tolong orang. 

Dekat sini kita boleh nampak siapa akan tolong kita dan siapa yang tak. Kita terpaksa minta bantuan orang untuk mengembangkan bisnes kita. Saya bukan nak untung banyak, cuma nak belajar benda baru sahaja. Dapat untung RM 50 untuk sem ini pun kira elok. 

Blog saya ini adalah salah satu tugasan. Untuk tarik perhatian orang nak baca blog kita agak susah. Ialah kita bukan instafamous ataupun influencer. Jadi views memang sikit sahaja lah. Cuma dalam hal ini, kita memang terpaksa minta bantuan daripada orang yang kita kenal untuk buka blog dan FB page. 

Tapi bukan semua orang boleh tolong kita. Walau seramai mana rakan atau kenalan awak ada, tidak semua itu membantu. 

Dekat sini kita belajar, kalau nak hidup jangan harapkan orang lain. Kita perlu cari jalan kita sendiri untuk cari semua yang kita perlukan. 

Tak semua yang kita pernah hulurkan bantuan akan bantu kita. Manusia ada pelbagai ragam. 

Dalam hal ini, kita boleh buat refleksi diri sebenarnya. Mungkin kita ada banyak buat dosa dengan rakan kita. Kita tak sedar. Disebabkan dosa itu, kerja kita tak berjalan dengan lancar. 

Kita perlu ingat juga, untuk hidup kita perlukan bantuan orang, akan tetapi jika bantuan yang diminta tidak dihulurkan kita bangun dan cari jalan sendiri. 

Hidup kena berdikari. Kalau boleh jangan lah selalu mengharap orang yang kita pernah bantu akan bantu kita semula. 

Assalamualaikum, 

Maizura 





Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Nak bagi siapa?

Wanginya Bahagian 2 :D

Jom tengok :D