Posts

Showing posts from March, 2020

Jom tengok :D

Image
Saya ada buat banyak poster tau Untuk kelas ini saya perlu buat soft sell untuk jual HeDo Air Freshener ni. Disebabkan dekat Facebook tak ramai tak tengok, saya nak letak dekat sini.  Poster yang saya buat ini bukan pasal HeDo Air Freshener sahaja, saya selitkan maklumat yang saya rasa bermanfaat. Enjoy :D Ini  gambar semua produk yang ada dalam HeDo Air Freshener ini.  Nasihat tentang senaman hahah.  Ini pula kata-kata hikmah yang saya ambil dari Google hehe. Tapi kalau awak faham quote ini, awak hebat.  Mesti ada yang tanya kenapa kalau nak jual produk, kenapa kena ada poster? Okay kalau nak tahu poster, quotes dan gambar adalah salah satu cara untuk mempromosikan produk kita. Ini kita namakan dia sebagai soft sell. Tak semestinya kita cakap pasal produk sahaja.  Ini sahaja posting harini. Saja nak update perkembangan saya sebagai dropshipper dan pelajar untuk kelas Berniaga Tanpa Modal.  Bye,  Maizura Ini kotak untuk bau

Kehidupan...

Image
Rasa nak update blog waktu ini. Hi semua, harini saya rasa nak cerita walaupun blog ini tak ramai pembaca. Lagi kurang pembaca lagilah saya nak cerita. Tujuan saya buat blog ini memang untuk kelas elektif saya iaitu Berniaga Tanpa Modal, saya lupa kod subjek ini. Untuk subjek ini kami memang diajar untuk tak jadi malu untuk berniaga. Saya ambil pun sebab nak cuba benda baru.  Bila kita cuba benda baru mesti kita rasa takut kan? Ha memang betul. Subjek ini bukan ajar kita untuk berniaga sahaja. Ni buka subjek untuk kaut untuk untung semata-mata. Lagi lama saya dalam kelas ini, banyak saya sedar. Nak hidup kita kena tak malu. Kena muka tembok. Kena tebal muka. Kena minta bantuan orang.  Walaupun saya masuk kelas ini sekejap sahaja sebab PKP buat masa ini, tapi waktu saya buat tugasan, saya ada belajar something. Tugasan yang diberikan semua perlu berkomunikasi dengan orang, semua perlu minta tolong orang.  Dekat sini kita boleh nampak siapa akan tolong kita dan s

Wanginya Bahagian 2 :D

Image
Rasanya baru update blog ini tak sampai 24 jam lepas... Hai dan assalamualaikum, saya masih sihat lagi dan tiba-tiba rasa nak update blog harini. Padahal baru semalam saya update entry baru. Maklumlah masa cuti-cuti ini la kita kena rajin sikit. Nanti kalau dah sibuk ha mula la tunggang langgang balik hidup, semua benda lupa nak buat.  Sebelum kita mula, saya nak cakap terima kasih kepada sesiapa yang sudi baca semua tulisan di blog saya. Ada 3 orang manusia baca pun jadi lah. Terima kasih, kalau saya kenal siapa yang rajin blog saya, saya nak belanja (ni serius, sebab tanpa orang yang rajin baca ni, tak gigih saya nak update tahu tak?) Okay awak semua, dalam entry lepas saya ceritakan pasal bau yang ada dalam HeDo Air Freshener kan? Saya bagitahu ada 6 bau, tapi saya cerita 3 sahaja sebab penat nak type hahaha. Dalam entry lepas juga saya ada bagitahu harga sekotak HeDo Air Freshener. Ingat lagi tak? Okay kalau lupa jom tekan link ni dan baca balik.  https://mai

Hmm wanginyaa :D

Image
Kali ini saya akan serius, tiada posting tidak berkait. Saya bagitahu pasal produk je.  Hi semua, kepada yang masih sudi buka blog saya nak cakap YA ALLAH TERIMA KASIH BANYAK SANGAT SEBAB SUDI BACA. Saya terharu sungguh dekat orang yang sanggup buka blog saya ini. Anda semua baca pun saya dah gembira sangat. Lagi gembira kalau anda nak beli terus hahahaha, mesti saya senyum tak henti. Saya gigih buat muka tembok minta kawan-kawan saya baca blog ini, walaupun begitu mereka tidak baca pun huhu ( mungkin sibuk barangkali ). Sekali lagi, terima kasih yang sudi membaca, nampak macam kecil tapi saya hargai sungguh orang yang baca setiap tulisan saya.  Eh terlajak pula, tadi kata nak jual, saya pergi rant pula dekat atas. Tapi kan tak seronok la kalau blog saya ini semata nak cerita pasal HeDo Air Freshener sahaja, tu kadangkala saya selitkan sedikit lawak yang hambar hehehe dan cerita pasal saya sedikit.  Perhatian! Sini saya nak perhantian orang yang membaca ni. Sini. 

Hello??? Awak kat mana tu?

Image
Hi? Anda semua okay tak? Hellooo Hai dan assalamualaikum, laaa dah lama saya tak tulis blog ini. Dalam posting lepas saya ada janji untuk memperkenalkan produk yang saya nak jual. Minta maaf saya sibuk sangat sampai lupa nak tulis entry baru. Walaupun saya tahu ada berapa kerat sahaja yang baca ( mini love untuk yang sudi baca lagi ) Hmm, posting lepas saya tulis pasal apa ya? Hehehe saya pun hampir lupa, maklumlah musim runcing dekat Malaysia sekarang semua benda saya lupa. Dalam kepala saya nak siapkan kerja yang penting dan tolong parents saya dulu. Eh, saya bukan nak kata blog ini tak penting, blog ini penting. Rasa happy bila boleh menulis balik.   AWAK! HA AWAK TU, YANG MUKA COMEL TU.  Boleh la baca posting lepas saya, lepastu datang sini balik. Datang balik ya, saya tahu siapa yang baca blog saya.  https://maihedoairfreshener.blogspot.com/2020/03/jom-kenal-d_22.html Let's head to business, shall we? Dalam dua tulisan blog yang lepas, saya gigi

Jom kenal :D

Image
EH KUCING SAYA ADA BABY BARU YAY! Hari ini saya nak cerita pasal kucing gemuk saya yay !!! Okay, saya tipu sahaja, saya nak perhatian anda semua sahaja. Sorry ;) Masih ingat posting yang lepas? Kalau tak ingat pergi baca balik! Ini arahan serius dari saya. Lepas dah khatam balik, baru boleh datang sini:D https://maihedoairfreshener.blogspot.com/2020/03/jom-kenali-blog-ini.html                                             DAH NAMPAK TEASER DARI POSTING LEPAS? SURPRISE , SURPRISE , SURPRISE ... Sebenarnya saya rasa semua dah boleh agak saya nak cerita pasal apa. Tapi tak apa, sebelum kita masuk berkenaan apa benda la saya nak jual ni, saya nak cerita satu benda.  Jom mula :D Saya pasti semua orang dekat sini suka bau-bau wangi, jangan kata tak. Anda temberang. Lelaki atau perempuan sama sahaja, dua-dua suka benda yang wangi. Saya ada kawan lelaki dulu, ya allah, bila saya tumpang kereta dia, saya macam wah bersihnya, kemas sangat takda pun sam

Eh apa benda ni?

Image
ALAAA BILIK SAYA SELALU BAU PELIK UGH! KERETA PUN SAMA. BOSAN LAH! ALMARI PULA BILA BUKA EEEE TAK TAU LA NAK KATA APAAA!! Pernah mengalami situasi begini? Jangan tipu, mesti semua pernah kan?? Anda mesti rasa segan bila kawan-kawan datang lepak bilik, tapi masa tu bilik anda bau pelik. Kalau saya pun segan hehehe. Lagi satu, bila keluar pergi dating naik kereta dengan   boyfriend atau girlfriend anda, TAPI bila masuk terus bau busuk semerbak  (ps: saya tak galakan anda dating berdua, ini contoh sahaja) Eeeeeee mesti muka segan gila waktu tu.  Pernah tak terfikir untuk improve keadaan bilik, kereta, almari anda SEMUA??? Bukan la improve barang, cuma kita bagi tempat-tempat kita selalu lepak tu selesa dengan wangi. Siapa je la suka bau BUSUK, ANEH dan KEPAM. Tipu la kalau korang boleh hidup dalam keadaan macam tu.  Okay, kalau anda buka blog saya mesti dah nampak kan saya nak buat apa kan? Korang mesti macam eleh nak jual pewangi bilik la tu, nak suruh beli la