Hmm wanginyaa :D

Kali ini saya akan serius, tiada posting tidak berkait. Saya bagitahu pasal produk je. 


Hi semua, kepada yang masih sudi buka blog saya nak cakap YA ALLAH TERIMA KASIH BANYAK SANGAT SEBAB SUDI BACA. Saya terharu sungguh dekat orang yang sanggup buka blog saya ini. Anda semua baca pun saya dah gembira sangat. Lagi gembira kalau anda nak beli terus hahahaha, mesti saya senyum tak henti. Saya gigih buat muka tembok minta kawan-kawan saya baca blog ini, walaupun begitu mereka tidak baca pun huhu (mungkin sibuk barangkali). Sekali lagi, terima kasih yang sudi membaca, nampak macam kecil tapi saya hargai sungguh orang yang baca setiap tulisan saya. 

Eh terlajak pula, tadi kata nak jual, saya pergi rant pula dekat atas. Tapi kan tak seronok la kalau blog saya ini semata nak cerita pasal HeDo Air Freshener sahaja, tu kadangkala saya selitkan sedikit lawak yang hambar hehehe dan cerita pasal saya sedikit. 


Perhatian! Sini saya nak perhantian orang yang membaca ni. Sini. 

Dalam posting lepas dan sebelum ini, saya banyak merepek hahahha. Tapi dalam lautan merepek saya ada cerita pasal HeDo Air Freshener. Kan? KAN? 

Haritu saya cerita pasal kotak, panjang lebar saya terangkan kenapa founder HeDo Air Freshener kita buat design macam tu. Okay jangan tanya lebih-lebih, nak baca tekan link bawah ini. Baca dan fahamkan :D tak faham pun takpa la bukan masuk final exam



HARI INI, TENGAH HARI INI, SAYA NAK CERITA TENTANG JENG JENG JENG...

6 JENIS BAU yang ada dalam HeDo Air Freshener. Awak semua mesti dah tahu kan ada bau apa. Saya bukan nak bagitahu pasal bau sahaja, saya akan BAGITAHU juga bau itu sesuai untuk siapa dan sebagainya. 


Tengok gambar tu, cantik kan? KAN? Walaupun dilapik tudung, tapi kreatif la tu, jangan komen kenapa lapik pakai tudung.  Okay itulah gambar sebenarnya HeDO Air Freshener, bukan dalam bentuk digital yang telah diedit dalam photoshop, itu gambar original. Macam itulah rupanya kalau awak beli. Gambar itu ihsan daripada group HeDo Air Freshener hehe. 

Disebabkan saya suka orang yang sudi baca blog saya ini, saya akan tulis balik bau yang ada dalam HeDo Air Freshener. Sebab apa, sebab saya baik. Ya saya baik dan kelakar. 

Bau-bauan yang ada dalam HeDo Air Freshener adalah .... 

  1. Apple Blossom
  2. Sakura Blossom
  3. Honey Dew
  4. Vanilla 
  5. Lemon Fresh 
  6. True Lavender
Ada 6, ya ada 6. Ingat ada ENAM. 

Sila tenung gambar di atas, dari gambar tu tak dapat bau kan? Kalau saya nak bagi tester masa sekarang kita dalam PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) hahaha. Jadi marilah saya yang baik hati ini describe setiap satu bau. Ya saya akan buat. 


Bau pertama, saya silakan...



Bau Apple Blossom. Tentula ini bau apple, dah nampak ada gambar epal dekat situ. Okay untuk bau ini, dia bau manis-manis. Manis macam mana tu? Dia bila awak bau, awak rasa gembira. Sukakan bau fruity? Ha ini bau yang sesuai untuk awak tahu. Dia macam ini, kalau awak pakai bau ini dalam kereta awak , almari baju, bilik bahkan beg kuliah, saya cakap la mesti orang tanya eh bau apa ni, sedaplah. Terus terang saya kata, saya suka bau ini. Perasan tak ada perkataan blossom dekat nama dia tu? Bau ini ada bau bunga-bunga sikit. Macam mana saya nak cakap ya? Dia bau apple lepastu ada bau bunga sedap hahahah. In other words the scent is fruity with a hint of fresh floral scent. 

Nak tahu bau Apple Blossom ini sesuai untuk siapa? Nak tahu tak? Cakap ya.

Bau Apple Blossom ini sesuai untuk orang yang ceria dengan kata lain happy go lucky. Kalau nak bagi hadiah dekat kawan awak yang paling ceria tu, bagi la hadiah HeDo Air Freshener Apple Blossom ini. Saya yakin dia suka sangat. 

Bau kedua...



Nama dia Sakura Blossom. Pernah pakai produk bau sakura? Ha macam itulah bau dia. Saya cakap lebih-lebih kata saya tipu pula. Ya betul, bau ini macam bau produk sakura yang awak pernah pakai. Ada sabun atau body mist bau sakura? Ya itulah baunya. Okay la saya bagitahu dia, bau dia bau sakura lah. 

Hmm bau ini, dia sesuai untuk orang yang suka kan ketenangan dengan orang yang berhati lembut. Sebab apa, bau dia lembut sahaja. Bila awak bau boleh berangan macam duduk di Jepun hahaha. Kalau awak nak tahu, ramai pembeli lelaki suka bau ini. Saya boleh agak lah kenapa. Kalau lelaki pun suka takkan perempuan tak suka bau ini. Jadi sila beli ya. Oh lupa, bau ini sesuai kalau awak nak bagi hadiah dekat mak awak, geng mak mesti suka (saya malas nak bagi contoh crush dah)

Bau ketiga (bau favourite saya)...


Honey Dew. Ya Allah, tak payah cakap la. Bau ini sangat-sangat sedap. Masa pertama kali saya bau, saya rasa macam saya bau buah honeydew yang betul. Bau dia macam makanan dan sangat wangi. Wangi dia tu bila awak bau awak ada vibe gembira je tau. Saya sendiri pakai bau ini. Kakak saya pun ada beli juga. Bila masuk kereta dia, wow, saya susah nak describe macam mana. Tapi kalau awak bau, mesti awak suka sangat. Pernah bau buah honeydew? atau perfume honeydew? Ha itulah baunya.

Bagi bau honeydew, bau ini sesuai untuk perwatakan yang cergas dan orang yang lantang. Saya tak tahu la kenapa saya cakap macam ni. Tapi kan semua bau ini ikut hidung masing-masing sebenarnya. Tapi ini cadangan sahaja. Nanti kalau awak dapat bau, pilih la yang mana anda suka. 

Saya promote bau semua ini kan, mesti ada yang terfikir, eh harga dia berapa? Besar mana ni? Asyik promote bau sahaja. 

Bau HeDo Air Freshener pun saya tak habis describe lagi hahaha. Tapi kalau banyak banyak, orang bosan pula. Untuk 3 bau seterusnya boleh la baca posting akan datang yay.

Sekarang saya nak bagitahu harga.

Harga dia murah sahaja, takda la membebankan orang sangat. Saya rasa semua mampu beli benda ini, kalau awak rasa ini keperluan boleh beli. Kalau bagi awak benda ni macam membazir ikut awak la. Saya tak paksa orang beli produk kalau dia taknak pakai. 

Harga HeDo Air Freshener satu kotak...

RM 10.00 SAHAJA

Ya, macam saya kat murah sahaja. Satu HeDo Air Freshener boleh tahan 45 hari. Kan jimat dekat situ, jadi dalam anggaran awak hanya habiskan RM 10 sebulan untuk wangikan tempat kegemaran awak. Tak salah rasanya kalau kita melabur sikit untuk tambah baik tempat-tempat tertentu. 

Tapi kalau awak berminat nak beli 3 unit

Saya bagi HARGA ISTIMEWA!!!


Beli 3 kotak HeDo Air Freshener, saya bagi harga diaaaa

RM 28.00 untuk 3 kotak HeDo Air Freshener. Jadi kalau nak jimat, boleh la kongsi denga kawan ke adik beradik ke untuk beli 3 terus. Kiranya macam ini, seorang kena beli 3 baru dapat diskaun. Kalau beli asing-asing walaupun antara kawan, saya jual harga RM 10.00. Itu syarat dia. Mudah sahaja. 


Okay dah habis tulisan kali ini. Untuk posting seterusnya, saya akan buat bau Hedo Air Freshener bahagian 2. Sebab tak habis perkenalkan lagi.

Terima kasih dan bye,

Maizura

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Nak bagi siapa?

Wanginya Bahagian 2 :D

Jom tengok :D