Hello??? Awak kat mana tu?

Hi? Anda semua okay tak? Hellooo


Hai dan assalamualaikum, laaa dah lama saya tak tulis blog ini. Dalam posting lepas saya ada janji untuk memperkenalkan produk yang saya nak jual. Minta maaf saya sibuk sangat sampai lupa nak tulis entry baru. Walaupun saya tahu ada berapa kerat sahaja yang baca (mini love untuk yang sudi baca lagi) Hmm, posting lepas saya tulis pasal apa ya? Hehehe saya pun hampir lupa, maklumlah musim runcing dekat Malaysia sekarang semua benda saya lupa. Dalam kepala saya nak siapkan kerja yang penting dan tolong parents saya dulu. Eh, saya bukan nak kata blog ini tak penting, blog ini penting. Rasa happy bila boleh menulis balik.  



AWAK! HA AWAK TU, YANG MUKA COMEL TU. 

Boleh la baca posting lepas saya, lepastu datang sini balik. Datang balik ya, saya tahu siapa yang baca blog saya. 


Let's head to business, shall we?

Dalam dua tulisan blog yang lepas, saya gigih tulis karangan panjang-panjang nak perkenalkan produk yang saya nak jual. Kelakar kan tulisan saya? Ya kelakar, tolong gelak. 

Hari ini, malam ini, pukul 10.00 malam tarikh 27/3/2020, saya Maizura binti Ismail nak pergi bagitahu crush saya saya suka dia . 

Okay itu sahaja tulisan harini, tiada pun pasal produk. Nanti la cerita. Byeee. 


ps: saya takda crush, ni semua rekaan semata hahahaha.



HA MANA ADA LAH, SAYA NAK BAGITAHU PASAL HEDO AIR FRESHENER LAH!


Saja gurau tadi, kalau tak boleh bergurau boleh la duduk dalam kotak. Lepastu buat imagination macam Spongebob. 

Mesti anda geram kan, bila la Maizura nak serius ni, dah la asyik menipu dan tak habis-habis dengan crush dia yang tak wujud tu. 

Okay, jom jom kita kenal dengan produk HeDo Air Freshener ni. Saya dah pakai semua bau. Serius semua best. Let's get started. 

Mesti semua tertanya kan? Lah jual pewangi kereta je ke? Promote macam nak gila, ingatkan jual apa la. Eee HeDo? Apa benda tu tak pernah dengan pun. Tak main la pakai produk local, baik beli dekat Bath and Bodyworks baru la class, bau lagi wangi. Apa benda la awak nak jual ni cik Zura oi. 

Kenyataan di atas tu semua benar, itu semua kata-kata dari orang bila saya promosikan HeDo Air Freshener dekat mereka. Pandangan skeptikal tu biasa dah, yela siapa tak pelik tiba-tiba nak jual pewangi kereta. Dekat situ orang dah silap, mereka ingat HeDo Air Freshener ni pewangi kereta sahaja. Dia tak tau kalau nak letak dalam beg kuliah pun boleh lah. 

ANDA SEMUA MESTI ADA TERFIKIR

Kenapa nak jual HeDo Air Freshener? Ada ke orang nak beli?

Okay mula-mula pun saya fikir macam itu juga, ada ke orang nak beli HeDo Air Freshener ni. Tapi sebab saya tertarik dengan packaging dia, saya fikir apa kata saya cuba sahaja la jual, mana tahu boleh laku. Jadi saya ambil HeDo Air Freshener, saja cuba benda baru. 



Sekarang ini saya nak bagitahu anda SEMUA, kenapa anda kena try HeDo Air Freshener. Try sekali pun jadilah, kalau tak suka meh jumpa saya  face to face,  jangan kutuk dekat status WhatsApp atau Instagram



Ha nampak tak gambar dekat atas tu? Kalau tak nampak sila zoom takpun pergi check mata awak tu. 

HeDo Air Freshener ada 6 jenis bau. YA, ADA 6 JENIS BAU. Sila baca di gambar, membaca amalan mulia yaaa. 

Sekarang, sila tenung gambar comel yang saya letak di atas tu. Tenung, perhatikan kotak, warna dan segala aspek yang ada dekat situ.

Nampak menarik kan? Warna dia cantik kan? Design cantik kan? Kan? Sila cakap ya. Kalau tak saya cari anda. 

Bila tengok benda cantik, kita rasa apa? Rasa happy kan? Rasa nak tau eh eh apa benda tu, cantik laaa.

Betul kan?

Cuba bayangkan anda beli HeDo Air Freshener ni, lepas tu letak la dekat mana-mana awak suka. Cuba dulu. Mesti best kan tengok ada benda cantik comel ada depan mata kita. 



HeDo Air Freshener memang sengaja buat kotak cantik macam tu, supaya awak semua beli hahaha. 

Tapi kan, kotak cantik tu bukan untuk cantik semata ya. Ada banyak sebab kenapa founder HeDo Air Freshener fikir macam ni. 

Sebab pertama jeng jeng,

Taknak bila awak gantung dekat kereta nanti kletang dia hantuk cermin depan kereta. Anda dah la suka break mengejut, tak naya ke tiba-tiba cermin kereta anda retak seribu sebab kesilapan kecil je. Mesti nanti menangis tak berlagu huhu. Jadi, kotak tu lindung dari cermin kereta anda semua pecah ya, yay jimat tak payah pergi bengkel.



Sebab kedua, tadaa

Tahu tak bila botol pewangi kena direct sunlight, pewangi awak tu boleh tercemar lepastu jadi racun. Nak ke bila masuk mana mana tempat yang ada HeDo Air Freshener tiba-tiba ada bau yang membunuh mindamu. Mesti taknak kan? Jadi itulah sebab kedua dia. 


Sebab ketiga, tatatatadaaa

Anda semua kan ada yang cemerkap sikit, dalam bahasa kasar kabut tak tentu arah (macam saya), bayangkan tiada kotak untuk lindung HeDo Air Freshener, tiba-tiba pecah pula sebab jatuh. Hmm, dah pecah, dah la pecah, rugi pula tu. Mesti taknak jadi macam tu kan? Ha sebab itu la founder kami buatkan ada kotak yay.

Sebab terakhir, uuuuuu

Nak tau tak, sebenarnya dekat belakang kotak tu kan ada kata-kata semangat, inspirational quote gitu. Bila kita sedih kalau tengok benda macam ni kan kita rasa okay sikit. Quote di belakang tu semua best tau. Boleh la baca kalau anda bosan juga. Ni saya bagi contoh. 


Cantik kan? KAN???

Okay itu lah sebab kenapa design Hedo Air Freshener ada kotak. Anda semua jangan pergi buang kotak tu pula. NO! Jangan buang kotak tu, biarkan sahaja. Dekat kotak itu pun ada arahan untuk pakai. Tak la nanti terkial sangat hahahaha. 

Dekat sini dah nampak kan kenapa anda semua kena try  HeDo Air Freshener?? Try lah walaupun sekali je.

Sebelum itu, saya belum decsribe semua bau tu. Alahai, saya nak letih ni. 

Untuk posting seterusnya, saya akan describe setiap satu bau untuk anda semua. Jangan risau semua ni review jujur, nanti saya bagitahu mana satu saya paling suka dan mana saya kurang sikit.


Hmm saya rasa saya dah tulis panjang lebar dah pasal kotak HeDo Air Freshener. Sampai sini ya.



Byee,
Maizura

ps: Doakan virus covid-19 di Malaysia boleh pulih. Kesian saya tengok frontliners kerja lama-lama. Dengan golongan kurang bernasib baik hilang mata pencarian. Kesian dekat mereka semua. Amin. 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Nak bagi siapa?

Wanginya Bahagian 2 :D

Jom tengok :D