Nak bagi siapa?

Hi semua :D, biasanya awak semua suka bagi hadiah apa?

Kita semua suka hadiah bukan? Seronok apa bila dapat hadiah, sebab free hehe. Dia tak kira hadiah apa kita dapat, asalkan pemberi tu bagi dengan ikhlas. Hadiah ini lagi seronok kalau yang kita dapat tu benda yang kita betul-betul perlukan. Kadang-kadang kita bukan nak hadiah mahal sangat pun. Kalau saya hadiah dari kedai dua ringgit tu pun saya suka, nak pula kalau dapat getah rambut πŸ˜‚. 


Hadiah yang kita nak bagi biarlah ikut kemampuan sendiri, jangan lah sampai sanggup ikat perut tak makan semata nak belikan hadiah yang mahal. 

Jadi...

Jom la kita jadikan HeDo Air Freshener sebagai hadiah. Seronok apa dapat air freshener, dah la tahan lama. Jadi, bila kita bagi HeDo Air Freshener ni, kita dah tolong wangikan bilik dia tau😊. 

Mesti ada yang terfikir masa atau majlis apa yang sesuai untuk jadikan HeDo Air Freshener ini sebagai hadiah? Bila boleh bagi HeDo Air Freshener ni?

Jangan risau, hari ini saya akan berikan beberapa cadangan pada waktu atau majlis mana yang sesuai untuk jadikan HeDo Air Freshener sebagai hadiah. 

Jom kita mula. Selamat membaca!


Idea pertama,


Bila birthday kawan-kawan, adik-beradik, teman istimewa atau sesiapa yang penting dalam hidup kita, kita mesti nak bagi hadiah bukan? Hadiah dekat kedai agak mahal dan luar dari budget. Pening juga kepala tak tahu nak beli apa bukan? Lagi satu, kita bukan takda duit, cuma dah tak tahu nak bagi hadiah apa sebab dia dah ada semua benda. 

Jadi ini adalah situasi yang sesuai untuk kita berikan HeDo Air  Freshener sebagai haidah. Kotak dia pun dah menarik, jadi kita perlu tambahkan riben sahaja untuk nampak macam hadiah. Harga pun RM 10.00 sahaja, jadi kita pun jimat dan dia pun gembira sebab dapat benda yang ada banyak manfaat. 

Cuba ingat balik...

Mesti ada birthday orang tersayang dalam masa terdekat ni kan? Apa tunggu lagi, bagi HeDo sebagai hadiah! Saya jamin dia mesti suka. Sebab saya pun suka hehe. 


Idea kedua, 

Pernah join program tak? Ada kenal mana-mana jawatan besar dalam organisasi? Ataupun awak adalah Ketua Program untuk majlis besar di univeristi atau ketua syarikat anda sendiri. Dalam setiap event ini  mesti ada majlis penghargaan lepas semua program dah tamat? 

Biasanya masa majlis penghargaan ini kita perlu bagi hadiah. Nak kan kelainan? Hadiah kan setiap seorang anak buah awak HeDo Air Freshener. Hadiah ini memang dalam budget! Dah tak payah susah-susah tempah hadiah custome made dekat luar. 

Idea ketiga,


Hari istimewa ini setiap tahun jadi di Malaysia. Masa ini semua kena bagi hadiah, kalau tak bagi memang rasa pelik. Ini adalah hari guru. Setiap sekolah memang akan buat majlis hari guru. Biasa kita bagi bunga dekat cikgu kita kan? Tapi ada awak terfikir tak kalau bagi bunga bukan tahan lama. Harga bunga juga bukan murah. Untuk hari guru kali ini, apa kata ibu-ibu dekat luar sana bagi cikgu anak-anak anda HeDo Air Freshener. Mesti satu bilik guru wangi :D. 


Idea keempat,



Jadikan HeDo Air Freshener sebagai hadiah housewarming. Rumah baru memang sesuai sangat kalau kita berikan hadiah pewangi udara. Jadi tak perlu kita bawa bunga atau barang-barang yang kurang berguna sebagai hadiah housewarming. 

Idea kelima,

Okay ni paling best. Kita gunakan HeDo Air Freshener sebagai hadiah HANTARAN kahwin atau tunang. Nampak macam tak pernah dibuat orang, tapi ini adalah cadangan yang baik. Hantaran tak perlulah bagi benda yang tak berapa berguna. Kita berikan pewangi udara, boleh lah bakal pasangan anda letak di setiap sudut rumah dia. Bila dia bau mesti dia kan ingat awak sebab awak yang bagi hahahahah. 



Mesti ada yang terfikir...

Taklah nak letak macam tu je? Ish awak ni, kita gubah lah secantik mungkin. Kotak HeDo Air Freshener memang dah cantik, jadi gubahannya cuba tambah beberapa hiasan bagi naik seri. 

*Saya tiada contoh gubahan hantaran, tapi awak boleh bayangkan bukan?

Idea keenam,

Nak mengorat orang awak suka? Bosan bagi bunga? Nak bagi coklat dia pula tak makan coklat. Taknak nampak macam terdesak nak dia? Segan kalau kita nampak terhegeh? Bagi lah HeDo Air Freshener. Bagitahu dia ni saja untuk dia cuba, buat cara macam nak niaga tapi awak bagi dekat dia percuma sahaja. Biasanya orang ambil je hadiah ni tanpa soal nak pula bila kita bagi pewangi udara. Tips ni berguna sebab bila HeDo Air Freshener dia habis, mesti dia cari awak balik sebab dia nak beli baru. 

Nampak tak? Kalau tak nampak takpa. Saya pun tak pernah cuba ni, ini dari novel saya baca sahaja heheheh. Mungkin jadi, kita tak tahu...

TERAKHIR

Idea ketujuh,


Setiap tahun kita mesti ada musim convocation kan? Walaupun sekarang ada majlis convo kena tangguh sebab covid-19, tak apa. Musim convo akan datang ada lagi bukan? 

Biasa kita tengok dekat instagram dan twitter, orang suka bagi benda pelik-pelik kan waktu convo sebab nak jadi viral dan buat kelaianan. Bosan juga asyik bagi bunga dan teddy bear. Harga bukan murah. Untuk majlis convocation kali ini, jom buat bouquet menggunakan HeDo Air Freshener. 

Kotak HeDo Air Freshener dah warna warni, cuma perlu tambahan hiasan sikit sahaja. Lepastu dah siap!

Dalam masa sama, kita boleh la ambil tempahan untuk buat bouquet HeDo Air Freshener :D
Dah dapat buat bisnes sekali. 


Sampai sini sahaja,

Jaga diri dan hargai orang sekeliling awak

Bye, 
Maizura



*nak beli boleh pm dekat facebook tu atau hantarkan whatsapp dekat saya. Cakap saya nak beli HeDo Air Freshener 😸.



Comments

  1. Siapa yang baca saya nak ucap terima kasih banyak-banyak :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanginya Bahagian 2 :D

Jom tengok :D