Wanginya Bahagian 2 :D

Rasanya baru update blog ini tak sampai 24 jam lepas...



Hai dan assalamualaikum, saya masih sihat lagi dan tiba-tiba rasa nak update blog harini. Padahal baru semalam saya update entry baru. Maklumlah masa cuti-cuti ini la kita kena rajin sikit. Nanti kalau dah sibuk ha mula la tunggang langgang balik hidup, semua benda lupa nak buat. 

Sebelum kita mula, saya nak cakap terima kasih kepada sesiapa yang sudi baca semua tulisan di blog saya. Ada 3 orang manusia baca pun jadi lah. Terima kasih, kalau saya kenal siapa yang rajin blog saya, saya nak belanja (ni serius, sebab tanpa orang yang rajin baca ni, tak gigih saya nak update tahu tak?)


Okay awak semua, dalam entry lepas saya ceritakan pasal bau yang ada dalam HeDo Air Freshener kan? Saya bagitahu ada 6 bau, tapi saya cerita 3 sahaja sebab penat nak type hahaha. Dalam entry lepas juga saya ada bagitahu harga sekotak HeDo Air Freshener. Ingat lagi tak? Okay kalau lupa jom tekan link ni dan baca balik. 


Saya rasa saya nak cerita sikit la sebelum saya masuk to the main point. Pernah tak berada dalam situasi runsing tak tahu nak beli perfume bau apa? Okay kalau macam saya, bila beli perfume atau body mist saya akan ajak kakak saya, sebab dia kata taste saya teruk. Jadi semua wangian saya ada ikut taste dia hahaha bukan saya. Tak kisah la perfume atau wangian bilik ke apa apa ke, benda itu sebenarnya menonjolkan personaliti kita. Orang akan ingat kita berdasarkan bau yang lekat pada kita. Eh ini bukan in a creepy way tau, cuma salah satu cara untuk orang kenal kita dengan lebih lanjut :D. Bau yang wangi juga akan buat orang selesa dengan kita, ini betul saya tak tipu. 



Disebabkan HeDo Air Freshener ini 6 enam bau yang berbeza, ha inilah peluang untuk awak semua untuk cari bau yang paling sesuai dengan personaliti awak. Tak rugi rasanya kalau awak cuba beli HeDo Air Freshener ini. 


Kejap saya nak tunjuk balik bau yang saya dah perkenalkan dalam entry lepas, ada 3. Boleh la tengok. 




Sekarang saya nak sambung bercerita, harini mungkin kurang lawak sebab saya hilang idea nak melawak (ya saya tahu semua lawak saya hambar)

Okay bau seterusnya jeng jeng jeng...

Okay jom main teka teki, bau saya nak cerita ni bau paling common la kalau pergi ruangan pencuci toilet, brand air freshener dekat luar ni memang akan jual bau ini. Senang cerita ini bau top seller la. Kalau awak bau dia mesti rasa selamat. Bau ini juga ada dalam cheesecake, ya dia ada sebab saya selalu makan cheesecake. Kalau takda dia cheesecake tak sedap. Tapi satu je jarang orang pakai bau ini sebagai perfume, nanti awak bau macam pembasmi kuman hahahah.

Rasanya semua boleh agak ini bau apa. Nama bau ini adalah

LEMON

FRESH 

Ya, HeDo Air Freshener ada bau LEMON FRESH ya. Saya letak gambar di bawah. 


Untuk bau ini, saya sarankan letak dalam tempat yang bau dia susah nak hilang. Okay la dengan kata lain letak di tempat yang mudah busuk hahahaha. Tempat itu adalah di TOILET rumah anda. ya letak dalam toilet, bau lemon fresh ni bau macam basmi kuman tau. Bila letak terus bau busuk tu dia eliminate. Bagi saya, bau lemon ni macam bau yang segar, tajam dan dia bagi kita rasa bersih. Bila awak letak HeDo Air Freshener bau lemon, mesti bacteria dalam toilet tu mati kelemasan. Ya saya saja exaggerate. Tapi kan dia bukan sesuai untuk toilet sahaja, letak dalam bilik tidur pun best. Dia bagi kita rasa bersih. Jadi saya sarankan bau ini untuk orang yang memang takut bacteria dan suka suasana sentiasa bebas anasir jahat.

 Jadi marilah beli. 

Bau seterusnya lalalala...

TRUE LAVENDER

Bau ini bau daripada bunga yang sangat popular, semua orang tahu rasanya ini bau apa. Bau ini bagi kita rasa tenang. Bau ini juga selalu dipakai dalam aromatherapy. Oh lupa, HeDo Air Freshener ini juga sesuai untuk dijadikan aromatherapy. Letak dalam bilik, terus selesa nak tidur. 


Di sini saya nak sertakan fakta yang menarik pasal bunga ini.

Okay nama dia lavender, asal daripada perkataan Latin yang maksudnya 'untuk dibasuh'. Dia juga datang daripada keluar daun mint. Kalau awak ada perasaan, bau lavender dan bau mint lebih kurang. Cuba mint kuat sedikit. Ni paling best, bau lavender digunakan untuk kurangkan tekanan dan sesuai untuk orang yang ada masalah untuk tidur malam. 


Sekarang kita dah sampai di bau yang terakhir,

Bau ini pun bau common di kedai perfume tapi untuk pencuci toilet jarang lagi ada. Bahan dalam kek pun ada letak dia juga, tapi kita letak essence dia bukan bau dia :D


VANILLA 


Untuk bau vanilla ni, dia sesuai untuk orang pecinta alam. Sebab apa? Bau dia macam bau hutan-hutan sikit, ada bau kayu sikit. Kalau selalu pergi hutan mesti awak tahu bau hutan tu macam mana. Kalau  awak nak tahu, bau vanilla ni boleh jadi perangsang minda tau. Kiranya bila kita bau ni kita jadi cergas la. Ni saya ambil dari Google ya, saya tak reka sesuka hati ;)

Sesuai untuk siapa ya?

Pernah nampak lelaki kacak macam model? Jika awak rasa awak kacak marilah beli bau vanilla ini. Muka manis pun sesuai untuk bau ini. Cuba letak dalam beg atau bilik. Bila kawan awak masuk, mesti dia tanya bau apa tuuu???


Itu sahaja untuk entry kali ini, entry yang lain saya akan tulis dalam masa terdekat. Terima kasih pada yang membaca. 

Bye,

Maizura 



ps: rasanya awak kena bau tester dia la, baru boleh agak nak pilih yang mana. 


Comments

Popular posts from this blog

Nak bagi siapa?

Jom tengok :D